Pendaftaran Online


Sila klik di bawah untuk mendaftar.

PENDAFTARAN..!!!

------

Sehari Bersama Dua Mentor Penulisan!


Seminar Penulisan Buku Popular ini adalah satu saat yang pastinya istimewa san dinanti-nantikan kepada sesiapa yang berminat dan mempunyai kesungguhan impian untuk menjadi penulis. Bukan penulis biasa, tetapi matlamat menjadi PENULIS BESTSELLER!

Istimewanya adalah anda semua bakan diberikan tunjuk ajar oleh MENTOR Penulisan yang sememangnya tidak asing bagi dunia industri buku dan penulisan Malaysia. Bukan seorang, tetapi dua MENTOR yang HEBAT! Iaitu En. Fauzul Na'im Ishak dan juga En. Zamri Mohamad.

Siapa Mereka?

En. Fauzul Naim adalah Pengasas Akademi Penulis Sdn Bhd yang mana menumpukan kepada latihan penulisan di Malaysia. Pengalaman beliau selama 9 tahun bersama PTS dalam dunia industri buku adalah sesuatu yang amat bermakna dan istimewa sekali. Dengan itu beliau menganjurkan pelbagai jenis latihan mengenai penulisan dan penerbitan. Tujuannya adalah membangunkan industri buku dan penulisan dengan memberikan input-input kepada semua berkenaan dunia penulisan.Membina dan mencipta bakat-bakat penulis baru yang bakal menjadi bestseller adalah satu matlamat Akademi Penulis.

Antara penulis hebat yang pernah berkarya di bawah seliaan En Fauzul Naim adalah seperti Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. Danial Zainal Abidin, Ustaz Zawawi Mat Yusoh dan ramai lagi.

En. Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet.

Pelbagai jenis buku bestseller telahpun dihasilkan oleh beliau.
Buku penulisan ZAMRI MOHAMAD

"Buku-buku beliau terus diulang cetak dan memberi kesan kepada pembaca"

Buku-buku dihasilkan.

2006: Memahami Bahasa Cinta Lelaki
2006: 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
2006: Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
2007: Magnet Cinta
2008: Rahsia Bisnes Mamak
2008: Mempengaruhi Bos Cara Streetsmart
2008: Mengurus Konflik Gaya Streetsmart
2008: E-buku Tip Karier untuk Wanita Moden
2009: Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
2009: Tip Menjadi Penulis Bestseller
2009: Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil
2009: Geng Genius Misteri Lokman

Berapa yuran menyertai Seminar Penulisan Buku Popular ini?

Seminar yang istimewa ini hanyalah dikenakan bayaran yuran yang amat rendah sekali.

RM 150 (Pelajar)
RM 250 (Orang Ramai)
Marilah kita mendaftarkan diri menyertai seminar yang amat menarik ini. Sehari Bersama Dua Mentor Penulisan! Mulakan langkah anda.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar yang julung-julung kali diadakan ini. Bagi yang berminat boleh langsung menghubungi saudara Abdul Qahhar di talian 0136288614 ataupun 03 4149 2560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com.

Bertindak sekarang!! Tempat adalah terhad!



Hebahan Umum

Pesta Buku Banner

Sukacita ingin kami hebahkan bahawa UIAM akan menganjurkan Pesta Buku dan Penulisan 2009 bersempena dengan Pesta Konvokesyen ke-25 UIAM pada 9-11 oktober 2009.

Butiran program adalah seperti berikut:

Program : Pesta Buku & Penulisan 2009
Tarikh : 9-11 Oktober 2009
Tempat : KAED Gallery, Kuliyah Arkitek dan Senibina UIAM


Dengan itu, kami mengalu-alukan seluruh warga Malaysia bagi memeriahkan lagi aktiviti yang telah disediakan. Untuk makluman semua, tiada bayaran masuk dikenakan untuk pesta buku. Pelbagai gerai jualan buku daripada pelbagai penerbit akan hadir dan juga pelbagai pertandingan bakal diadakan seperti deklamasi sajak, pertandingan bercerita dan sebagainya. Hadiah yang menarik bakal menanti pemenang yang bertuah.

Juga diadakan Seminar Sehari Penulisan Buku Popular bersama mentor penulis bestseller.
Seminar ini buat julung-julung kalinya diadakan bersempena dengan Pesta Buku dan Penulisan 2009. Ia diadakan seiring dengan Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kali ke-25.

Ia diadakan berdasarkan butiran berikut :

* Tarikh : 10 Oktober 2009
* Tempat : KAED Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Akademi Penulis akan berkongsi maklumat bagaimana hendak menghasilkan sebuah karya popular yang mampu menjadi karya terlaris dalam pasaran. Seminar ini akan dikendalikan oleh dua orang jurulatih berpengalaman iaitu En. Fauzul Na’im Ishak, Pengurus Besar Penerbitan Kumpulan PTS merangkap jurulatih utama Akademi penulis dan saudara Zamri Mohamad, jurulatih kanan di Akademi Penulis.

Pengisian yang akan diberikan adalah :

* Motivasi Penulis : 5P : Formula Menjadi Penulis Bestseller
* Bagaimana Menjaga Hak Cipta dan Hak Penulis
* Teknik Penulisan Berkuasa Tinggi : KJ Metode
* Bagaimana Memasarkan Buku Cara Berkesan

Yang lebih menarik adalah, seminar ini mengenakan yuran yang minima dan menarik. Hanya RM 250 untuk orang awam dan RM 150 untuk para mahasiswa dan pelajar. Tempat adalah terhad.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar yang julung-julung kali diadakan ini. Bagi yang berminat boleh langsung menghubungi saudara Abdul Qahhar di talian 0136288614 ataupun 03 4149 2560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com. Bertindak sekarang!!

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Pesta Buku dan Penulisan 2009, semuanya dialu-alukan untuk menghubungi:

Saudara Mohd Helmi b. Md Suhaimi, H/P: 012-3052143
email : helmisuhaimi@gmail.com
Facebook : Helmi Suhaimi
Pesta Buku dan Penulisan 2009
Pengarah Program Pesta Buku dan Penulisan 2009

p/s: Harga sewa tapak untuk Pesta Buku dan Penulisan selama 3 hari iaitu 9-11 Oktober 2009. RM 700 (harga promosi sehingga 3 September), RM 800 (Harga biasa). RM 300 untuk raw space. Tarikh tutup 18 September 2009. Kepada penulis-penulis buku yang ingin mengadakan dialog buku boleh hubungi saya untuk dimasukkan di dalam slot 'Dialog Buku' (Keutamaan diberikan kepada penulis yang mana penerbitnya menyewa tapak).

Info Industri Buku


Kota Buku Bakal Diwujudkan Akhir Tahun - Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Kota Buku bakal diwujudkan di ibu negara menjelang akhir tahun ini untuk membuka ruang kepada penerbit dan penulis memasarkan hasil karya mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata projek tersebut yang diselenggarakan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.

Katanya, Kota Buku turut berperanan dalam memajukan sektor penerbitan dan kesusasteraan di negara ini.

"Kita sudah ada bangunan yang kita akan majukan di Kuala Lumpur. Sebahagiannya untuk dijadikan sebagai Muzium Guru manakala sebahagian lagi sebagai Kota Buku.

"Ia akan dimulakan akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan dijangka siap tahun depan. Pembinaannya hanya memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian.

"Pihak yang berminat boleh menyewa ruang untuk mempamerkan hasil karya mereka atau hasil terbitan yang mereka keluarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas melancarkan Koleksi Buku Terjemahan Siri Sastera Malaysia oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Koleksi tersebut merupakan sebahagian projek penterjemahan 100 judul karya sastera tempatan ke dalam bahasa-bahasa utama dunia, yang dibiaya oleh kerajaan dan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesembilan, dari 2008 hingga 2010.

Sebanyak 28 karya dilancarkan hari ini, termasuk empat di dalam bahasa Perancis dan satu di dalam bahasa Sepanyol.

Muhyiddin juga berkata kajian penggubalan kurikulum pengajian sastera di sekolah-sekolah telah dilakukan bagi meningkatkan lagi perkembangan bidang sastera negara.

"Kita kaji apa jenis buku yang hendak digunakan dan untuk peringkat mana. Sastera diajar lazimnya dari peringkat sekolah menengah ke universiti jadi kita mahu selaraskan supaya ada kesinambungan, tautan yang rapat antara pengajian sastera di sekolah menengah dan universiti," katanya.

Mengenai wujudnya sekatan terhadap karya-karya tertentu khususnya dari Indonesia, Muhyiddin berkata dasar negara tidak mengamalkan sekatan ke atas mana-mana karya asalkan ia tidak menimbulkan masalah kepada pembaca.

"Saya kurang pasti sama ada ia (sekatan) oleh Kementerian Dalam Negeri, tapi kalau ikut dasar kita, kita tak sekat dari negara mana sekalipun asalkan ia tidak dianggap sebagai menimbulkan masalah kepada pembaca.

"Mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa ia tidak dibenarkan masuk," katanya.

-- BERNAMA

Mentor Penulis Bestseller


Mentor Utama : Fauzul Na’im Ishak


En, Fauzul Na’im Ishak memulakan karier di dalam bidang penerbitan dan latihan penulis seawal berusia 23 tahun iaitu pada tahun 2000. Pada ketika itu beliau masih menuntut dalam sarjana muda kejuruteraan Universiti Malaya. Beliau di’jemput’ masuk oleh Puan Ainon Mohd. bagi menyertai ahli keluarga syarikat penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS P&D). PTS P&D pada ketika itu berada di dalam tahun pertama operasinya. Keadaan syarikat yang masih baru dengan pelbagai kesukaran yang berlaku menjadikan Fauzul mempelajari pelbagai perkara dan selok belok penerbitan buku.


Hasil daripada pengalaman selama hampir 9 tahun ini, beliau berjaya melahir dan membina pelbagai judul buku daripada pelbagai latar belakang penulis. Daripada latar belakang akademik hinggalah kepada popular. Daripada kurang terkenal kepada yang terkenal. Antara penulis besar yang berkarya di bawah penerbitan PTS Millennia Sdn Bhd adalah Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zawawi Mat Yusoh, Dr. Danial Zainal Abidin dan Dr. Robiah K. Hamzah. Judul-judul bestseller di bawah penerbitan PTS Millennia Sdn Bhd adalah 55 Petua Orang Berjaya, Tip Menjadi Individu Menarik, 7 Formula Individu Cemerlang dan banyak lagi.

Beliau juga sering dijemput memberikan bengkel, ceramah dan membentangkan kertas kerja di institusi pengajian tinggi, badan kerajaan dan bukan kerajaan. Antara badan yang pernah menjemput beliau mengendalikan bengkel penulisan adalah :

  • Dewan Bahasa & Pustaka
  • Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  • Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
  • Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
  • Universiti Sains Malaysia Kejuruteraan Transkrian
  • Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
  • Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
  • Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat
  • Universiti Sains Malaysia Cawangan Kubang Kerian, Kelantan
  • Maktab Perguruan Bukit Mertajam
  • Kolej IKRAM
  • Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
  • Angkatan Belia Islam Malaysia
  • Persatuan Penulis Kelantan
  • dan banyak lagi

Beliau juga adalah pengasas kepada Akademi Penulis dan merupakan Pengarah Urusan B Pro Management & Training syarikat perunding latihan dan motivasi mengkhusus kepada latihan pembangunan penulis.

Poster: Seminar Penulisan Buku Popular

Aturcara